14 July 2008

Orang yang paling lama mengalami kesusahan ialah orang yang dengki. Orang yang paling tenang hidupnya ialah orang yang qana’ah. Yang paling rendah kehidupannya ialah orang yang menolak dunia. Dan yang paling besar penyesalannya ialah orang berilmu yang melampaui batas
Kita berasa hairan melihat manusia menghabiskan umurnya untuk mencapai kebahagiaan pada jalan mencari harta, akan tetapi setelah dia mendapat harta yang banyak hatinya semakin susah. Ketahuilah, sesungguhnya harta itu terletak pada luar, sedangkan bahagia itu terletak di dalam.
Orang yang ingin bahagia haruslah selalu menyucikan jiwa dengan, selalu membaca Al-Quran, mengosongkan perut dengan jalan berpuasa, solat malam, bergaul dengan orang yang taat kepada agama, dan tidak memakan makanan haram.
Adakalanya seorang yang berdosa, selalu teringat akan dosanya dan menyesal serta meminta ampun sehingga dia masuk ke dalam Syurga sehingga syaitan mengeluh
“ Celaka diriku, andaikata aku tahu bahawa dosanya itu akan diampunkan Allah nescaya tidak aku jerumuskan dia ke dalam dosa itu “
Dan janganlah kamu saling benci membenci dan saling iri hati, jangan pula saling musuh memusuhi. Jadilah kamu semua hamba-hamba Allah yang bersaudara satu sama lain, maka tidak halal bagi seseorang Muslim untuk tidak bertegur sapa sesama
Muslim untuk tidak bertegur sapa sesame Muslim lebih dari tiga hari.
Apabila engkau bersabar akan timbul kekuatan dalam dirimu dan engkau pun memperolehi pahala, tetapi apabila engkau berkeluh kesah akan timbul kelemahan padamu dan engkau pun diancam seksa.
Siapa yang merendahkan dirinya kerana Allah, nescaya dia akan diangkat oleh Allah. Dan siapa yang menyombong, nescaya akan direndahkan oleh Allah. Dan siapa yang sederhana, nescaya akan dimiskinkan oleh Allah. Dan sesiapa yang banyak mengingati Allah, nescaya akan dicintai Allah.
Ketenangan dan kebahagiaan itu adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman;mereka akan tetap berhati teguh, di kala orang mengalami kegoncangan; mereka tetap yakin, dikala orang penuh keraguan; mereka tetap sabar, ketika orang berkeluh kesah dan mereka tetap berlapang dada di kala orang sedang runsing.
Sesiapa yang beramal untuk akhiratnya, Allah akan mencukupkan keperluan dunianya, sesiapa yang berbuat baik hubungan dirinya dengan Allah nescaya Allah akan membuat baik hubungan dirinya dengan manusia lain, dan siapa yang ikhlas dalam melakukan pekerjaan, nescaya Allah akan ikhlas menolongnya.
Masing-masing tubuh diberikan satu alat oleh Tuhan; jasmani alatnya nafsu, rohani alatnya akal. Antara nafsu dan akal terus berperang, nafsu lebih tua dari akal, kerana itu nafsu lebih banyak pengalaman dan dengan mudah dia dapat mengalahkan akal kecuali orang-orang yang mempunyai iman dalam hatinya.
Mati itu ibarat bahtera dan gelombang yang ditakuti manusia, namun setiap orang pasti akan mengalaminya, kesihatan seseorang tidak menjamin panjang umurnya, penyakit pun tidak ada kuasa untuk memendekkan umurnya. Tiap hari berita kematian mengejutkan kita, seperti burung yang berterbangan entah akan hinggap pada siapa.
Janganlah kamu duduk di samping orang yang berilmu, kecuali dia mengajak kamu menghilangkan lima perkara dan menanamkan lima perkara; menghilangkan ragu dan menanamkan yakin, menghilangkan riak; menanam ikhlas, mengilangkan cinta dunia, menanam zuhud, menghilanglan sifat sombong, menanamkan sifat rendah diri dan menghilangkan musuh, menanamkan persahabatan.

No comments: