23 July 2008

Bertuah….

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya
membawa isteri ke 'Mahkota
Medical Centre', dia mengadu kepada saya
kepalanya pening, rasa mual dan
badanya lenguh-lenguh. Saya tanya
dia"mengandung agaknya?" Dia kata tak ada.
Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak
dia jumpa doktor dan
ternyata....isteri saya mengandung dua bulan.
Emmm saya dah agak dah.

Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah
masa depan akan pastinya
berubah lagi. Dia akan merasa loya dengan bau
yang sebelum ini senang
baginya, termasuklah bau badan saya.
Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri
saya.Kasihan sungguh,
terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh,
minum tak nak, apa pun
tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak
dapat tidur, kadang-kadang
tu asyik nak tidur saja.
Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik.

Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak
boleh bau badan saya.
Saya fahamlah orang mengandung memang
macam tu, sekarang ni dah boleh
tidur dengan saya dan saya sudah tahu
macamana nak elakan insomnia yang
dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran
sehingga isteri saya terlelap.
Memang kebiasaan sebelum mengandung pun
saya akan membaca Al-Quran
diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah
dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya
sebagai ubat tidur bagi
isteri dan anak dalam kandungan.
Adakalanya sampai 2-3 jam. Bukan itu sahaja,
saya juga sentiasa
bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya.
Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya
ialah tentang tauhid. Saya
bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari
dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'.
Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu
ghairah, kebarangkalian
untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada
ayah yang tak berharapan.
Segarang-garang harimau pun tak makan anak,
apatah lagi saya. Apa yang
akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar
bidang kuasa saya. Siapa
saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat,
asma, afal. Dan
cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada
yang menghantar email
dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak
agar tidak degil.
Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya
untuk anak tetapi untuk
sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai
hubungan rapat dengan kita.
Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

"1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
waktu yang paling
sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam,
kerana fikiran bawah
sedarnya (subconscius mind) adalah paling
optimum ketika ini. Yang tidur
hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan
halus ibu jari anda ke ubun
- ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke
atas junjungan Nabi
Muhamad dan bacalah surah al fatihah.
Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan
jangan putuskan zikir
anda.

4. Angkat ibu jari anda, kalau bolehjanganlah di
putuskan zikir didalam
hati dan bercakaplah dengan suara yang agak
perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya
saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu
melewatkan
solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.
Nasihatilah orang yang anda
sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda
inginkan. Jangan putuskan
zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama
dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia
sedang menerima pernyataan
anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak.
Insyallah saya doakan diri
saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah
bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan,
bagaimanakah tuan mendidik
Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab
bapa Imam Abu Hanifah
"saya didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar
pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan.
Bagaimana mungkin manusia
yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa
yang ingin disampaikan
oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia
sendiri telah diasuh,
manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi
sendiri sudah dididik
sejak dari kandungan lagi.

Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat
mana mungkin
menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan
anak dan isteri kita.
Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

"Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
membesar dalam perut
isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus
membesar dan dilindungi
Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu
Hanifah. Saya nasihatkan dia
dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al
Hakim kepada anaknya. Saya
bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo,
tujuh wali melayu
kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar
suara saya tidak terlalu
kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata
mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun
yenyak dibuai mimpi. Saya
baru selesai membaca surah yasin disisi isteri
hingga dia terlelap. Saya
kehalaman rumah, mahu merenung langit malam,
satu-satunya hobi saya
semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
yatim piatu, saya bawa hingga
kini. Langit agak terang dan bersih. Saya
bersandar dibangku marmar.
Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani
saya disini, kami akan
bercerita tentang segala-galanya, tentang masa
depan, tentang anak,
tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak
yatim piatu yang
ditinggalkan ditengah padang rumput, sehingga
sekarang tidak diketahui
siapa ibu ayah saya.
Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya
akan wujud salasilah
keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati,
Insyallah jika anak ini
lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar
seperti saya. Dia tidak akan
saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.
Dia tidak akan melalui
zaman pahit seperti saya.

Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear
adalah'mama'nya seperti saya.
Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia
tumpah.Oh! janganlah tumpah
lagi. Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu
tumpah biarlah ketika
sujud menyembah ilahi.

Pesan guruku air mata
lelaki jangan ditumpahkan
sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan, segera
saya kuncikan pintu dan
ke kamar tidur. Isteri saya telah pun nyenyak
dibuai mimpi.

Inilah'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa
bersinar cemerlang dalam
hidup saya,memberi harapan, keyakinan,
kesetiaan dan cintanya kepada
saya.Insyallah tidak lama lagi,akan
muncul 'bintang timur kecil' dalam
hidup saya

No comments: